Halaman 313
وَأَنَا ٱخْتَرْتُكَ فَٱسْتَمِعْ لِمَا يُوحَىٰٓ﴿١٣﴾
20:13"Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ﴿١٤﴾
20:14"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
إِنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا تَسْعَىٰ﴿١٥﴾
20:15"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَن لَّا يُؤْمِنُ بِهَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ فَتَرْدَىٰ﴿١٦﴾
20:16"Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.
وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَـٰمُوسَىٰ﴿١٧﴾
20:17"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
قَالَ هِىَ عَصَاىَ أَتَوَكَّؤُا۟ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِى وَلِىَ فِيهَا مَـَٔارِبُ أُخْرَىٰ﴿١٨﴾
20:18Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".
قَالَ أَلْقِهَا يَـٰمُوسَىٰ﴿١٩﴾
20:19Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
فَأَلْقَىٰهَا فَإِذَا هِىَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ﴿٢٠﴾
20:20Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
قَالَ خُذْهَا وَلَا تَخَفْ ۖ سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا ٱلْأُولَىٰ﴿٢١﴾
20:21Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.
وَٱضْمُمْ يَدَكَ إِلَىٰ جَنَاحِكَ تَخْرُجْ بَيْضَآءَ مِنْ غَيْرِ سُوٓءٍ ءَايَةً أُخْرَىٰ﴿٢٢﴾
20:22"Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.
لِنُرِيَكَ مِنْ ءَايَـٰتِنَا ٱلْكُبْرَى﴿٢٣﴾
20:23"(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.
ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ﴿٢٤﴾
20:24"Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas".
قَالَ رَبِّ ٱشْرَحْ لِى صَدْرِى﴿٢٥﴾
20:25Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
وَيَسِّرْ لِىٓ أَمْرِى﴿٢٦﴾
20:26"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
وَٱحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِى﴿٢٧﴾
20:27"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
يَفْقَهُوا۟ قَوْلِى﴿٢٨﴾
20:28"Supaya mereka faham perkataanku;
وَٱجْعَل لِّى وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِى﴿٢٩﴾
20:29"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
هَـٰرُونَ أَخِى﴿٣٠﴾
20:30"Iaitu Harun saudaraku;
ٱشْدُدْ بِهِۦٓ أَزْرِى﴿٣١﴾
20:31"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
وَأَشْرِكْهُ فِىٓ أَمْرِى﴿٣٢﴾
20:32"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
كَىْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا﴿٣٣﴾
20:33"Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا﴿٣٤﴾
20:34"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرًا﴿٣٥﴾
20:35"Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami".
قَالَ قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَـٰمُوسَىٰ﴿٣٦﴾
20:36Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!
وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَيْكَ مَرَّةً أُخْرَىٰٓ﴿٣٧﴾
20:37"Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.