Halaman 449
وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُۥ هُمُ ٱلْبَاقِينَ﴿٧٧﴾
37:77Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ﴿٧٨﴾
37:78Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ فِى ٱلْعَـٰلَمِينَ﴿٧٩﴾
37:79"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ﴿٨٠﴾
37:80Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿٨١﴾
37:81Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ثُمَّ أَغْرَقْنَا ٱلْـَٔاخَرِينَ﴿٨٢﴾
37:82Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
۞ وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبْرَٰهِيمَ﴿٨٣﴾
37:83Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.
إِذْ جَآءَ رَبَّهُۥ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ﴿٨٤﴾
37:84Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦ مَاذَا تَعْبُدُونَ﴿٨٥﴾
37:85Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?
أَئِفْكًا ءَالِهَةً دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ﴿٨٦﴾
37:86"Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?
فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ﴿٨٧﴾
37:87"Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"
فَنَظَرَ نَظْرَةً فِى ٱلنُّجُومِ﴿٨٨﴾
37:88Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),
فَقَالَ إِنِّى سَقِيمٌ﴿٨٩﴾
37:89Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".
فَتَوَلَّوْا۟ عَنْهُ مُدْبِرِينَ﴿٩٠﴾
37:90Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.
فَرَاغَ إِلَىٰٓ ءَالِهَتِهِمْ فَقَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ﴿٩١﴾
37:91Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?
مَا لَكُمْ لَا تَنطِقُونَ﴿٩٢﴾
37:92"Mengapa kamu tidak menjawab?"
فَرَاغَ عَلَيْهِمْ ضَرْبًۢا بِٱلْيَمِينِ﴿٩٣﴾
37:93Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
فَأَقْبَلُوٓا۟ إِلَيْهِ يَزِفُّونَ﴿٩٤﴾
37:94(Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ﴿٩٥﴾
37:95(Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ﴿٩٦﴾
37:96"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
قَالُوا۟ ٱبْنُوا۟ لَهُۥ بُنْيَـٰنًا فَأَلْقُوهُ فِى ٱلْجَحِيمِ﴿٩٧﴾
37:97(Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".
فَأَرَادُوا۟ بِهِۦ كَيْدًا فَجَعَلْنَـٰهُمُ ٱلْأَسْفَلِينَ﴿٩٨﴾
37:98Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
وَقَالَ إِنِّى ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّى سَيَهْدِينِ﴿٩٩﴾
37:99Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ﴿١٠٠﴾
37:100" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
فَبَشَّرْنَـٰهُ بِغُلَـٰمٍ حَلِيمٍ﴿١٠١﴾
37:101Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ﴿١٠٢﴾
37:102Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".