23 Ayat|2 Surah

Halaman 523

Surah Adh-Dhariyatالذاريات
52

كَذَٰلِكَ مَآ أَتَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُوا۟ سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ﴿٥٢

51:52Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila".

53

أَتَوَاصَوْا۟ بِهِۦ ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ﴿٥٣

51:53Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).

54

فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَآ أَنتَ بِمَلُومٍ﴿٥٤

51:54Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).

55

وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿٥٥

51:55Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

56

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴿٥٦

51:56Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

57

مَآ أُرِيدُ مِنْهُم مِّن رِّزْقٍ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطْعِمُونِ﴿٥٧

51:57Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.

58

إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلْقُوَّةِ ٱلْمَتِينُ﴿٥٨

51:58Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

59

فَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ ذَنُوبًا مِّثْلَ ذَنُوبِ أَصْحَـٰبِهِمْ فَلَا يَسْتَعْجِلُونِ﴿٥٩

51:59(Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.

60

فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن يَوْمِهِمُ ٱلَّذِى يُوعَدُونَ﴿٦٠

51:60Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

Surah At-Turالطور
1

وَٱلطُّورِ﴿١

52:1Demi Gunung Tursina;

2

وَكِتَـٰبٍ مَّسْطُورٍ﴿٢

52:2Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi -

3

فِى رَقٍّ مَّنشُورٍ﴿٣

52:3Pada lembaran surat yang terbuka;

4

وَٱلْبَيْتِ ٱلْمَعْمُورِ﴿٤

52:4Dan demi "Al-Baitul Makmur";

5

وَٱلسَّقْفِ ٱلْمَرْفُوعِ﴿٥

52:5Dan demi bumbung yang tinggi;

6

وَٱلْبَحْرِ ٱلْمَسْجُورِ﴿٦

52:6Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan); -

7

إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَٰقِعٌ﴿٧

52:7Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; -

8

مَّا لَهُۥ مِن دَافِعٍ﴿٨

52:8Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; -

9

يَوْمَ تَمُورُ ٱلسَّمَآءُ مَوْرًا﴿٩

52:9Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.

10

وَتَسِيرُ ٱلْجِبَالُ سَيْرًا﴿١٠

52:10Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.

11

فَوَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿١١

52:11(Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;

12

ٱلَّذِينَ هُمْ فِى خَوْضٍ يَلْعَبُونَ﴿١٢

52:12Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.

13

يَوْمَ يُدَعُّونَ إِلَىٰ نَارِ جَهَنَّمَ دَعًّا﴿١٣

52:13Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,

14

هَـٰذِهِ ٱلنَّارُ ٱلَّتِى كُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ﴿١٤

52:14(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.