Halaman 535
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ﴿١٧﴾
56:17Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ﴿١٨﴾
56:18Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ﴿١٩﴾
56:19Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
وَفَـٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ﴿٢٠﴾
56:20Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ﴿٢١﴾
56:21Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
وَحُورٌ عِينٌ﴿٢٢﴾
56:22Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
كَأَمْثَـٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ﴿٢٣﴾
56:23Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ﴿٢٤﴾
56:24(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا﴿٢٥﴾
56:25Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
إِلَّا قِيلًا سَلَـٰمًا سَلَـٰمًا﴿٢٦﴾
56:26Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
وَأَصْحَـٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْيَمِينِ﴿٢٧﴾
56:27Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
فِى سِدْرٍ مَّخْضُودٍ﴿٢٨﴾
56:28Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ﴿٢٩﴾
56:29Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ﴿٣٠﴾
56:30Dan naungan yang tetap terbentang,
وَمَآءٍ مَّسْكُوبٍ﴿٣١﴾
56:31Dan air yang sentiasa mengalir,
وَفَـٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ﴿٣٢﴾
56:32Serta buah-buahan yang banyak,
لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ﴿٣٣﴾
56:33Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ﴿٣٤﴾
56:34Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
إِنَّآ أَنشَأْنَـٰهُنَّ إِنشَآءً﴿٣٥﴾
56:35Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
فَجَعَلْنَـٰهُنَّ أَبْكَارًا﴿٣٦﴾
56:36Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
عُرُبًا أَتْرَابًا﴿٣٧﴾
56:37Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
لِّأَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ﴿٣٨﴾
56:38(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ﴿٣٩﴾
56:39Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ﴿٤٠﴾
56:40Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
وَأَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ﴿٤١﴾
56:41Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
فِى سَمُومٍ وَحَمِيمٍ﴿٤٢﴾
56:42Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ﴿٤٣﴾
56:43Serta naungan dari asap hitam,
لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ﴿٤٤﴾
56:44Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ﴿٤٥﴾
56:45Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
وَكَانُوا۟ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلْحِنثِ ٱلْعَظِيمِ﴿٤٦﴾
56:46Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
وَكَانُوا۟ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ﴿٤٧﴾
56:47Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ﴿٤٨﴾
56:48"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
قُلْ إِنَّ ٱلْأَوَّلِينَ وَٱلْـَٔاخِرِينَ﴿٤٩﴾
56:49Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَـٰتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ﴿٥٠﴾
56:50"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.