23 Ayat|2 Surah

Halaman 537

Surah Al-Waqi'ahالواقعة
77

إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌ كَرِيمٌ﴿٧٧

56:77Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

78

فِى كِتَـٰبٍ مَّكْنُونٍ﴿٧٨

56:78Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

79

لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ﴿٧٩

56:79Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

80

تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ﴿٨٠

56:80Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

81

أَفَبِهَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ﴿٨١

56:81Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

82

وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ﴿٨٢

56:82Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

83

فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ﴿٨٣

56:83Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

84

وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ﴿٨٤

56:84Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

85

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ﴿٨٥

56:85Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

86

فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ﴿٨٦

56:86Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

87

تَرْجِعُونَهَآ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ﴿٨٧

56:87Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

88

فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ﴿٨٨

56:88Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",

89

فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ﴿٨٩

56:89Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

90

وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنْ أَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ﴿٩٠

56:90Dan jika ia dari puak kanan,

91

فَسَلَـٰمٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ﴿٩١

56:91Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".

92

وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ﴿٩٢

56:92Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

93

فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ﴿٩٣

56:93Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

94

وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ﴿٩٤

56:94Serta bakaran api neraka.

95

إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلْيَقِينِ﴿٩٥

56:95Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

96

فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ﴿٩٦

56:96Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Surah Al-Hadidالحديد
1

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ﴿١

57:1Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

2

لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۖ يُحْىِۦ وَيُمِيتُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ﴿٢

57:2Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

3

هُوَ ٱلْأَوَّلُ وَٱلْـَٔاخِرُ وَٱلظَّـٰهِرُ وَٱلْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ﴿٣

57:3Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.