30 Ayat|1 Surah

Halaman 576

18

إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ﴿١٨

74:18Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -

19

فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ﴿١٩

74:19Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

20

ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ﴿٢٠

74:20Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?

21

ثُمَّ نَظَرَ﴿٢١

74:21Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);

22

ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ﴿٢٢

74:22Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;

23

ثُمَّ أَدْبَرَ وَٱسْتَكْبَرَ﴿٢٣

74:23Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,

24

فَقَالَ إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ﴿٢٤

74:24Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

25

إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا قَوْلُ ٱلْبَشَرِ﴿٢٥

74:25"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"

26

سَأُصْلِيهِ سَقَرَ﴿٢٦

74:26(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.

27

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا سَقَرُ﴿٢٧

74:27Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?

28

لَا تُبْقِى وَلَا تَذَرُ﴿٢٨

74:28Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)

29

لَوَّاحَةٌ لِّلْبَشَرِ﴿٢٩

74:29Ia terus-menerus membakar kulit manusia!

30

عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ﴿٣٠

74:30Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).

31

وَمَا جَعَلْنَآ أَصْحَـٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَـٰٓئِكَةً ۙ وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيَسْتَيْقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ وَيَزْدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِيمَـٰنًا ۙ وَلَا يَرْتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَٱلْكَـٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَـٰذَا مَثَلًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ﴿٣١

74:31Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

32

كَلَّا وَٱلْقَمَرِ﴿٣٢

74:32Sebenarnya! Demi bulan,

33

وَٱلَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ﴿٣٣

74:33Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,

34

وَٱلصُّبْحِ إِذَآ أَسْفَرَ﴿٣٤

74:34Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,

35

إِنَّهَا لَإِحْدَى ٱلْكُبَرِ﴿٣٥

74:35Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,

36

نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ﴿٣٦

74:36Yang menjadi amaran bagi umat manusia,

37

لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ﴿٣٧

74:37(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).

38

كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ﴿٣٨

74:38Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,

39

إِلَّآ أَصْحَـٰبَ ٱلْيَمِينِ﴿٣٩

74:39Kecuali puak Kanan,

40

فِى جَنَّـٰتٍ يَتَسَآءَلُونَ﴿٤٠

74:40(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,

41

عَنِ ٱلْمُجْرِمِينَ﴿٤١

74:41Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,

42

مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ﴿٤٢

74:42(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"

43

قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَلِّينَ﴿٤٣

74:43Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

44

وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ ٱلْمِسْكِينَ﴿٤٤

74:44"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

45

وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلْخَآئِضِينَ﴿٤٥

74:45"Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;

46

وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ﴿٤٦

74:46"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,

47

حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلْيَقِينُ﴿٤٧

74:47"Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".