Halaman 582
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ﴿١﴾
78:1Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلْعَظِيمِ﴿٢﴾
78:2Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
ٱلَّذِى هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ﴿٣﴾
78:3Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴿٤﴾
78:4Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴿٥﴾
78:5Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَـٰدًا﴿٦﴾
78:6(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًا﴿٧﴾
78:7Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
وَخَلَقْنَـٰكُمْ أَزْوَٰجًا﴿٨﴾
78:8Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا﴿٩﴾
78:9Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
وَجَعَلْنَا ٱلَّيْلَ لِبَاسًا﴿١٠﴾
78:10Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
وَجَعَلْنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشًا﴿١١﴾
78:11Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا﴿١٢﴾
78:12Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا﴿١٣﴾
78:13Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلْمُعْصِرَٰتِ مَآءً ثَجَّاجًا﴿١٤﴾
78:14Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
لِّنُخْرِجَ بِهِۦ حَبًّا وَنَبَاتًا﴿١٥﴾
78:15Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
وَجَنَّـٰتٍ أَلْفَافًا﴿١٦﴾
78:16Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
إِنَّ يَوْمَ ٱلْفَصْلِ كَانَ مِيقَـٰتًا﴿١٧﴾
78:17Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
يَوْمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا﴿١٨﴾
78:18Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوَٰبًا﴿١٩﴾
78:19Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
وَسُيِّرَتِ ٱلْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا﴿٢٠﴾
78:20Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًا﴿٢١﴾
78:21Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
لِّلطَّـٰغِينَ مَـَٔابًا﴿٢٢﴾
78:22Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
لَّـٰبِثِينَ فِيهَآ أَحْقَابًا﴿٢٣﴾
78:23Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا﴿٢٤﴾
78:24Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا﴿٢٥﴾
78:25Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
جَزَآءً وِفَاقًا﴿٢٦﴾
78:26Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
إِنَّهُمْ كَانُوا۟ لَا يَرْجُونَ حِسَابًا﴿٢٧﴾
78:27Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا كِذَّابًا﴿٢٨﴾
78:28Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنَـٰهُ كِتَـٰبًا﴿٢٩﴾
78:29Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
فَذُوقُوا۟ فَلَن نَّزِيدَكُمْ إِلَّا عَذَابًا﴿٣٠﴾
78:30(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".