Surah ke-88|26 Ayat|Makkiyyah|Juzuk 30

Al-Ghashiyah

الغاشية

Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَـٰشِيَةِ

88:1Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـٰشِعَةٌ

88:2Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ

88:3Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً

88:4Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ

88:5Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ

88:6Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍ

88:7Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ

88:8(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ

88:9Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ

88:10(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَـٰغِيَةً

88:11Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ

88:12Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ

88:13Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ

88:14Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ

88:15Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ

88:16Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ

88:17(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ

88:18Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ

88:19Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ

88:20Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ

88:21Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ

88:22Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ

88:23Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ

88:24Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ

88:25Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم

88:26Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.