Surah ke-55|78 Ayat|Madaniyyah|Juzuk 27

Ar-Rahman

الرحمن

Yang Maha Pemurah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلرَّحْمَـٰنُ

55:1(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ

55:2Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ

55:3Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ

55:4Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ

55:5Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

وَٱلنَّجْمُ وَٱلشَّجَرُ يَسْجُدَانِ

55:6Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ

55:7Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ

55:8Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

وَأَقِيمُوا۟ ٱلْوَزْنَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا۟ ٱلْمِيزَانَ

55:9Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

وَٱلْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ

55:10Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

فِيهَا فَـٰكِهَةٌ وَٱلنَّخْلُ ذَاتُ ٱلْأَكْمَامِ

55:11Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

وَٱلْحَبُّ ذُو ٱلْعَصْفِ وَٱلرَّيْحَانُ

55:12Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:13Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِن صَلْصَـٰلٍ كَٱلْفَخَّارِ

55:14Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

وَخَلَقَ ٱلْجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ

55:15Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:16Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

رَبُّ ٱلْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ ٱلْمَغْرِبَيْنِ

55:17(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:18Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

55:19Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

55:20Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:21Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يَخْرُجُ مِنْهُمَا ٱللُّؤْلُؤُ وَٱلْمَرْجَانُ

55:22Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:23Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

وَلَهُ ٱلْجَوَارِ ٱلْمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلْبَحْرِ كَٱلْأَعْلَـٰمِ

55:24Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:25Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

55:26Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو ٱلْجَلَـٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ

55:27Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:28Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يَسْـَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْنٍ

55:29Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:30Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ

55:31Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:32Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يَـٰمَعْشَرَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ إِنِ ٱسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا۟ مِنْ أَقْطَارِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ فَٱنفُذُوا۟ ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَـٰنٍ

55:33Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:34Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ

55:35Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:36Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَٱلدِّهَانِ

55:37Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:38Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌ وَلَا جَآنٌّ

55:39Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:40Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يُعْرَفُ ٱلْمُجْرِمُونَ بِسِيمَـٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِٱلنَّوَٰصِى وَٱلْأَقْدَامِ

55:41Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:42Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ

55:43(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".

يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍ

55:44Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:45Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ

55:46Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:47Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ

55:48(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:49Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ

55:50Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:51Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

فِيهِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةٍ زَوْجَانِ

55:52Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:53Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى ٱلْجَنَّتَيْنِ دَانٍ

55:54Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:55Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِنَّ قَـٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ

55:56Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:57Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ

55:58Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:59Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَـٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَـٰنُ

55:60Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:61Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ

55:62Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:63Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مُدْهَآمَّتَانِ

55:64Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:65Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ

55:66Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:67Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِمَا فَـٰكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ

55:68Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:69Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِنَّ خَيْرَٰتٌ حِسَانٌ

55:70Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:71Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

حُورٌ مَّقْصُورَٰتٌ فِى ٱلْخِيَامِ

55:72Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:73Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ

55:74(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:75Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِىٍّ حِسَانٍ

55:76Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

55:77Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

تَبَـٰرَكَ ٱسْمُ رَبِّكَ ذِى ٱلْجَلَـٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ

55:78Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.