Halaman 533
يُعْرَفُ ٱلْمُجْرِمُونَ بِسِيمَـٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِٱلنَّوَٰصِى وَٱلْأَقْدَامِ﴿٤١﴾
55:41Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٤٢﴾
55:42Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ﴿٤٣﴾
55:43(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍ﴿٤٤﴾
55:44Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٤٥﴾
55:45Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ﴿٤٦﴾
55:46Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٤٧﴾
55:47Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ﴿٤٨﴾
55:48(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٤٩﴾
55:49Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ﴿٥٠﴾
55:50Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٥١﴾
55:51Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةٍ زَوْجَانِ﴿٥٢﴾
55:52Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٥٣﴾
55:53Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى ٱلْجَنَّتَيْنِ دَانٍ﴿٥٤﴾
55:54Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٥٥﴾
55:55Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِنَّ قَـٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ﴿٥٦﴾
55:56Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٥٧﴾
55:57Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ﴿٥٨﴾
55:58Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٥٩﴾
55:59Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَـٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَـٰنُ﴿٦٠﴾
55:60Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٦١﴾
55:61Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ﴿٦٢﴾
55:62Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٦٣﴾
55:63Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مُدْهَآمَّتَانِ﴿٦٤﴾
55:64Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٦٥﴾
55:65Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ﴿٦٦﴾
55:66Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿٦٧﴾
55:67Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?