Halaman 584
إِذْ نَادَىٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلْوَادِ ٱلْمُقَدَّسِ طُوًى﴿١٦﴾
79:16Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ﴿١٧﴾
79:17(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ﴿١٨﴾
79:18"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ﴿١٩﴾
79:19`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
فَأَرَىٰهُ ٱلْـَٔايَةَ ٱلْكُبْرَىٰ﴿٢٠﴾
79:20(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.
فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ﴿٢١﴾
79:21Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَىٰ﴿٢٢﴾
79:22Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).
فَحَشَرَ فَنَادَىٰ﴿٢٣﴾
79:23Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -
فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلْأَعْلَىٰ﴿٢٤﴾
79:24Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلْـَٔاخِرَةِ وَٱلْأُولَىٰٓ﴿٢٥﴾
79:25Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَىٰٓ﴿٢٦﴾
79:26Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
ءَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُ ۚ بَنَىٰهَا﴿٢٧﴾
79:27(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّىٰهَا﴿٢٨﴾
79:28Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَىٰهَا﴿٢٩﴾
79:29Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
وَٱلْأَرْضَ بَعْدَ ذَٰلِكَ دَحَىٰهَآ﴿٣٠﴾
79:30Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
أَخْرَجَ مِنْهَا مَآءَهَا وَمَرْعَىٰهَا﴿٣١﴾
79:31Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
وَٱلْجِبَالَ أَرْسَىٰهَا﴿٣٢﴾
79:32Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
مَتَـٰعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَـٰمِكُمْ﴿٣٣﴾
79:33(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلْكُبْرَىٰ﴿٣٤﴾
79:34Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -
يَوْمَ يَتَذَكَّرُ ٱلْإِنسَـٰنُ مَا سَعَىٰ﴿٣٥﴾
79:35Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
وَبُرِّزَتِ ٱلْجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ﴿٣٦﴾
79:36Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ﴿٣٧﴾
79:37Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا﴿٣٨﴾
79:38Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
فَإِنَّ ٱلْجَحِيمَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ﴿٣٩﴾
79:39Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ﴿٤٠﴾
79:40Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ﴿٤١﴾
79:41Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَىٰهَا﴿٤٢﴾
79:42Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
فِيمَ أَنتَ مِن ذِكْرَىٰهَآ﴿٤٣﴾
79:43Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَىٰهَآ﴿٤٤﴾
79:44Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخْشَىٰهَا﴿٤٥﴾
79:45Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوٓا۟ إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَىٰهَا﴿٤٦﴾
79:46(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.