'Abasa
عبس
Dia Bermasam Muka
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ
80:3Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكْرَىٰٓ
80:4Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ
80:5Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ
80:7Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
كَلَّآ إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ
80:11Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
80:12Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
قُتِلَ ٱلْإِنسَـٰنُ مَآ أَكْفَرَهُۥ
80:17Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ
80:19Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ
80:20Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);
كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَآ أَمَرَهُۥ
80:23Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.
فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَـٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ
80:24(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):
أَنَّا صَبَبْنَا ٱلْمَآءَ صَبًّا
80:25Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
ثُمَّ شَقَقْنَا ٱلْأَرْضَ شَقًّا
80:26Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ
80:33Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -
لِكُلِّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ
80:37Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ
80:40Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,