Surah ke-100|11 Ayat|Makkiyyah|Juzuk 30

Al-'Adiyat

العاديات

Yang Berlari Kencang

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1

وَٱلْعَـٰدِيَـٰتِ ضَبْحًا﴿١

100:1Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,

2

فَٱلْمُورِيَـٰتِ قَدْحًا﴿٢

100:2Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,

3

فَٱلْمُغِيرَٰتِ صُبْحًا﴿٣

100:3Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,

4

فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًا﴿٤

100:4Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,

5

فَوَسَطْنَ بِهِۦ جَمْعًا﴿٥

100:5Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;

6

إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌ﴿٦

100:6Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

7

وَإِنَّهُۥ عَلَىٰ ذَٰلِكَ لَشَهِيدٌ﴿٧

100:7Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;

8

وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلْخَيْرِ لَشَدِيدٌ﴿٨

100:8Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

9

۞ أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِى ٱلْقُبُورِ﴿٩

100:9(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

10

وَحُصِّلَ مَا فِى ٱلصُّدُورِ﴿١٠

100:10Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

11

إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّخَبِيرٌۢ﴿١١

100:11Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.