Surah ke-99|8 Ayat|Madaniyyah|Juzuk 30

Az-Zalzalah

الزلزلة

Kegoncangan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا

99:1Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا

99:2Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

وَقَالَ ٱلْإِنسَـٰنُ مَا لَهَا

99:3Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا

99:4Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا

99:5Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَـٰلَهُمْ

99:6Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ

99:7Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ

99:8Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!