Al-Fil
الفيل
Gajah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـٰبِ ٱلْفِيلِ﴿١﴾
105:1Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ﴿٢﴾
105:2Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ﴿٣﴾
105:3Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ﴿٤﴾
105:4Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍۭ﴿٥﴾
105:5Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.