Surah ke-104|9 Ayat|Makkiyyah|Juzuk 30

Al-Humazah

الهمزة

Pengumpat

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

104:1Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُۥ

104:2Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ

104:3Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ

104:4Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ

104:5Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ

104:6(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ

104:7Yang naik menjulang ke hati;

إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ

104:8Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

فِى عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍۭ

104:9(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.